Friday, September 4, 2009

POK JIB KEMBALI PENING


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.


Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

2 comments:

  1. Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Dan Dari Dalam Diri Kami Memohon Berbanyak Ampun Dan Maaf Diatas Segala Keterlanjuran.Mudah-mudahan Di Hari Yang Berbahagia Ini Akan Dapat Memperteguhkan Silaturrahim Kita,InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
    buat Moderator Bawah Tanah dan pembaca blog ini

    Yang Ikhlas
    Mat Amin

    ReplyDelete