Monday, August 17, 2009

Candu Kemerdekaan: Punca Generasi Hari Ini Tidak Menghargai

Sejak 1957 lagi, UMNO mengaut sepenuhnya keuntungan daripada kemerdekaan. Sekian lama, UMNO diwarwarkan sebagai parti yang bertanggungjawab penuh untuk memerdekaan tanah air daripada cengkaman penjajahan British dengan bantuan daripada dua buah parti lagi,iaitu, MCA dan MIC.

Seolah-olah proses kemerdekaan ini hanyalah bermula dengan pembentukan UMNO dan kemudiannya penghantaran rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman [ketika itu sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu] bersama empat orang wakil kerajaan persekutuan dan empat orang wakil raja-raja Melayu. Justeru, jadilah proses kemerdekaan tersebut sebagai pendek dan mudah sehingga digelar pula ‘kemerdekaan tanpa tumpahdarah’.

Oleh itu, apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka perjuangan menuntut kemerdekaan itu menjadi milik mutlak UMNO dan pihak-pihak lain seandainya tidak bersekongkol dengannya, maka jadilah mereka sebagai golongan pinggiran dalam menuntut kemerdekaan itu.

Seandainya, kemerdekaan Tanah Melayu itu diibaratkan sebagai sebuah syarikat korporat, maka pada hari ini UMNO menjadi salah satu pemegang syer yang mengaut kesemua keuntungan syarikat tersebut. Manakala, pemegang syer yang lain, tidak layak untuk menikmati keuntungan syer tersebut. Inilah analogi yang mungkin menjadi candu kepada pemikiran rakyat Malaysia.

UMNO mengeksploitasi ‘candu’ ini dengan benar-benar untuk meracuni pemikiran rakyat jelata. Rakyat akan melihat kemerdekaan adalah usaha peribadi UMNO dan pemimpin-pemimpinnya ketika itu, malah diwarisi pula oleh pemimpin-pemimpin hari ini. Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO semacam mewarisi usaha kemerdekaan inisecara mutlak. Tidak hairanlah, pada hari ini, nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhamad [Pak Sako], Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestaman Raja Kecil dan lain-lain lagi terpinggir dalam penghormatan untuk mendapatkan kemerdekaan ini. Apatah lagi, parti-parti yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM], Kesatuan Melayu Muda, Hizbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf [API], Angkatan Wanita Sedar [AWAS] dan Parti Islam Se-Malaysia [PAS] ibarat parti atau pertubuhan yang tidak memberikan saham kepadakemerdekaan tanah air.

Sehingga ke hari ini, ‘candu’ ini berleluasa menyembunyikan hakikat kemerdekaan Tanah Melayu sebagaimana hakikat sebenar betapa UMNO ditubuhkan pada awalnya bukanlah untuk mendapatkan kemerdekaan turut disembunyikan. Sejarah membuktikan, UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, sedangkan PKMM yang diasaskan jauh lebih awal daripada UMNO bergerak untuk mendapatkan kemerdekaan yang mutlakdaripada penjajah.

Oleh itu, sambutan kemerdekaan pada hari ini hanya tampak dirayakan oleh UMNO yang kebetulan pula pemimpin-pemimpin mereka adalah juga sebagai pemimpin kerajaan. Memanglah, Perdana Menteri dan kabinetnya berhak untuk hadir pada hari tersebut, tetapi hakikat yang turut berhak untuk mendapatkan penghormatan adalah juga pemimpin-pemimpin parti yang lain.

Walau bagaimanapun, ‘candu’ yang sedia ada telah meresap jauh ke dalam pemikiran rakyat Malaysia sehingga menyebabkan rakyat sendiri tidak melihat kewajaran mereka yang selain daripada UMNO untuk berada di pentas utama ketika menyambut kemerdekaan tersebut. Hal ini diburukkan lagi melalui proses pendidikan yang memadamkan usaha-usaha untuk mengungguli kemerdekaan ini sehingga pelajar yang mengikuti sistem pendidikan tidak melihat selain daripada UMNO yang berjuang untuk mendapatkankemerdekaan.

Hasilnya, pemikiran singkat ini menyebabkan kebergantungan kepada UMNO menjadi antara propaganda yang sering dicanang-canangkan untuk menunjukkan betapa pentingnya UMNO dikekalkan dan rakyat bersyukur terhadap parti keserbapurbaan itu. Maka, nama-nama pemimpin UMNO diangkat dan dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan, manakala pemimpin-pemimpin UMNO hari ini sebagai satu-satunya pewaris ‘harta’ kemerdekaan tanpa perlu berkongsi dengan golongan yang lain.

Hal ini boleh ditatap melalui buku-buku teks atau pun teks bantuan dalam bidang pendidikan Sejarah melalui KBSR dan KBSM. Saya sendiri, semacam pernah dipukau dan dicandukan dengan ‘gula-gula’ kemerdekaan ini.

Saya dulunya, merasakan pemimpin-pemimpin UMNOlah yang bertanggungjawab untuk memerdekaan tanah air ini kerana melalui buku-buku tersebut, usaha-usaha golongan yang lain tidak ditonjolkan.

Hanya selepas saya membuka mata dan berfikiran terbuka, maka saya melihat hakikat kemerdekaan dan hakikat perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Saya melihat nama-nama seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah induk kepada pejuang-pejuang kemerdekaan, sebaliknya adalah komponen yang melengkapkan proses kemerdekaantersebut.

Saya juga mendapati mereka ini hanya menyudahkan proses kemerdekaan ini setelah beberapa generasi sebelum itu memulakan proses kemerdekaan. Apatah lagi, saya juga melihat bahawa proses kemerdekaan tersebut diletakkan ke atas beban UMNO selepas ramai dari kalangan pejuang-pejuang kemerdekaan ditangkap dandisumbatkan ke dalam penjara.

Malangnya, hakikat kemerdekaan dan proses kemerdekaan ini disembunyikan daripada pengetahuan generasi saya. Apatah lagi, hakikat ini seolah-olah mahu dipadamkan dalam peta sejarah Malaysia dan digantikan dengan garis serta sempadan yang palsu yang telahditokok-tambah dan disapu-hilang.

Hal ini diburukkan lagi oleh kegagalan ahli sejarah untuk mencungkil dan mengorek hakikat ini untuk dinobatkan kembali. Apa yang ada, ahli-ahli sejarah seolah-olah hanya membuktikan betapa UMNO adalah pewaris sah untuk kemerdekaan tersebut. Oleh itu, saya menyeru kepada ahli-ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang sejarah ini untuk menjadi ahli akademik yang jujur dan amanah.

Buku-buku dan makalah-makalah yang berwibawa harus dikeluarkan untuk menerangkan hakikat kebenaran proses kemerdekaan di Malaysia. Saya percaya, andainya, bahan-bahan tersebut dapat diadakan, para pelajar yang mendapat pendidikan KBSR dan KBSM, dapat melihat kebenaran dan hakikat ini. Sudah pasti, mereka tidak lagi hanya berpegang kepada buku-buku teks yang hanya memaparkan penyerongan dan penyembunyian fakta-faktasejarah ini.

Sementara, mereka yang terlibat dalam proses kemerdekaan ini masih hidup atau pun anak-anak atau cucu-cucu mereka yang mengetahui kisah ini secara lisan masih hidup, maka usaha untuk mengembalikan sejarah yang benar belum lagi terlambat. Sementara, bahan-bahan sejarah masih lagi belum hilang atau sumber-sumber tersebut belum terhakis, maka inilah masanya untuk sejarah perjuangan kemerdekaandipulihkan. ‘Candu’ yang ada pada hari ini sebenarnya terlalu berbahaya kepada generasi hari ini. Bahayanya terlalu besar berbanding dengan ta’sub sesetengah ahli PAS kepada parti itu. Bahaya tersebut akan menyebabkan generasi hari ini melihat sejarah perjuangan kemerdekaan yang terlalu pendek dan mudah menyebabkan mereka tidak menilai dan menghargai kemerdekaantersebut.

Tan Sri Aishah Ghani dalam wawancaranya melalui sebuah siri dalam TV3 membangkitkan hal ini. Malangnya, beliau tidak sedar bahawa partinyalah yang menyebabkan generasi hari ini tidak menghargai kemerdekaan! Beliau perlu memulihkan generasi hari ini daripada ‘candu’yang dihidangkan oleh UMNO!

Artikel Oleh: Hj Mohnas

2 comments:

  1. Salam,

    Mmg betul apa tertulis dlm article tu...jgn percaya bulat-bulat propaganda UMNO...dia dah marasuk pemikiran rakyat Malasia dah lebih setengah abad dah...lebih2 lagi bagi orang2 yang dengar hanya satu pihak, tak der inisiatif ingin mencari kebenaran bagi mengadili si pesalah itu adakah dia benar2 bersalah atau tidak..........

    Nak mintak tolong sgt kat rakyat2 malaysia ni...buka minda tu...kita kenali sejarah kita ni betul2..supaya kita tidak di tipu lagi...kita dah rasa selesa ker dgn apa kita ada sekarang...konon negara "merdeka" tapi minda kita di kongkong....di tipu...sampai bila hidup dlm penipuan...yg tak sedar kena tipu tu lagi lah teruk!!....


    Buka minda tu bukan nya konon muda mudi suka ckp ..i’m open minded ..open minded apa..kalau amik budaya2 barat…tapi kita tak amik ilmu2 yang dia org ada..bila kita banyak ilmu, kita boleh sangkal propangada2 bodoh ni selamba jer......

    Terima kasih dengan article ini…

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya ni artikel lama semenjak dari zaman mahathir lagi. Artikel ni relevan bila masuk bulan kemerdekaan.

    ReplyDelete