Tuesday, July 21, 2009

AKU DAN POLITIK PEMBANGKANG

Aku di lahirkan dan di besarkan dari keluarga pembangkang di sebuah kampung yang bernama Kampung Chempaka Lanchang. Sejak dari kecil aku sudah melihat ayah ku berkempen untuk parti bebas yg berlogokan Lambang Payung. Kemudian semasa aku bersekolah menengah aku sudah terfikir kenapa Malaysia tidak pernah bertukar kerajaan sedang kan negara negara lain sudah bersilih ganti bertukar kerajaan. Aku pernah bertanya kepada ayah ku kenapa Malaysia tidak pernah bertukar kerajaan asyik Barisan Nasional sahaja yang memerintah. Ayah ku cakap kalau pembangkang memerintah akan huru hara lah negara ini. Bagi aku semua itu karut bagaimana mungkin terjadi kalau tidak mencuba. Aku pun tak tau kenapa ayah ku berkata begitu. Maybe dia pun terpengaruh dengan propaganda Barisan Nasional. Selepas pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46. Ayah ku dengan rasminya menyertai parti semangat 46. Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan buat pertama kali "UMNO Baru" bertanding dalam pilihan raya umum. Pada waktu itu umur ku baru berusia 19 tahun tidak layak mengundi walaupun semangat ku untuk mengundi parti pembangkang berkobar kobar.

Pada tahun 1992 aku telah mendaftarkan diri aku sebagai pengundi di DUN LANCHANG dan PARLIMEN MENTAKAB. Pada pilihanraya umum 1994 hasrat aku untuk mengundi pembangkang terlaksana jua. Dengan semangat berkobar kobar aku telah pulang ke kampung untuk mengundi. Buat pertama kalinya dalam sejarah, aku telah mengundi parti pembangkang. Di DUN LANCHANG aku telah memangkah calon dari Parti semangat 46 dan untuk PARLIMEN MENTAKAB aku telah memangkah Parti DAP. Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996 ayah ku dengan para sahabat nya telah menubuhkan PAS cawangan Kampung Chempaka Lanchang dengan di lantik sebagai ketua cawangan PAS Kg. Chempaka sehingga terbinanya Markaz besar PAS kg Chempaka yang tersergam indah di tepi jalan. Sesiapa yang lalu lalang untuk pergi ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lanchang pasti ternampak Markas itu. Selepas pemecatan mantan timbalan perdana menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada pukul 5.30 petang hari Rabu 2 September 1998 kebencian aku kepada UMNO dan Barisan Nasional meluap luap. Aku pernah berdemostrasi berarak dengan adik lelaki aku dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka. Ku lihat berduyun duyun rakyat menyertainya dengan penuh semangat. Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 untuk kali yang ke 2 aku telah mengundi parti pembangkang. Waktu itu calon PAS untuk DUN LANCHANG di wakili oleh orang kampung aku sendiri iaitu ustaz Abu Kassim Manaf seorang ulama berkelulusan Universiti Azhar dan Untuk PARLIMEN MENTAKAB telah diwakili oleh parti DAP. Walau banyak peti undi tewas tapi aku berpuas hati dengan 2 kemenangan di peti undi Bolok dan Mempatih. Pada tahun 2003 aku telah bekerja dengan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Pahang sebagai unit ICT. Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004. Persempadanan semula telah berlaku di mana PARLIMEN MENTAKAB telah menjadi DUN dan telah diletakan di dalam PARLIMEN TEMERLOH. Untuk kali yang ke 3 aku telah mengundi parti pembangkang di mana untuk DUN LANCHANG telah di tandingi oleh Parti PAS diwakili oleh saudara Hassanudin Salim dan PARLIMEN TEMERLOH juga ditandingi oleh Parti PAS diwakili oleh Ustaz Idris Omar pesuruhjaya PAS Pahang.

Pada pilihanraya ini juga menyaksikan PAS kalah teruk sehingga tiada wakil di dalam sidang DUN Pahang. Aku berasa sedikit kecewa. Selepas pilihanraya aku telah kembali berhirah ke Selangor untuk bekerja di satu syarikat komputer. Pilihanraya umum 2008 menyaksikan gelombang rakyat kembali bergema. Pada masa ini aku sibuk berkempen untuk DUN KOTA ANGGERIK dan PARLIMEN SHAH ALAM kerana aku tinggal di bukit subang yang terletak di dalam PARLIMEN SHAH ALAM. Bila tiba hari mengundi aku pulang ke kampung dan untuk kali 4 aku telah mengundi pembangkang di mana DUN LANCHANG telah di tandingi oleh Parti Keadilan Rakyat yang di wakili oleh Mohd Saim Abu Bakar dan PARLIMEN TEMERLOH juga telah di tandingi oleh Parti Keadilan Rakyat diwakili oleh peguam muda Ahmad Nizam Hamid. Walaupun tewas tapi peningkatan undi bertambah. Aku juga gembira dengan berita kemenangan DUN KOTA ANGGERIK dan PARLIMEN SHAH ALAM. Berbaloi juga aku berkempen walaupun aku tak mengundi di sana. Aku juga gembira dengan kemenangan Syed Hamid di DUN KUALA SEMANTAN dan yang paling aku gembira PAKATAN RAKYAT dapat menawan 5 Negeri. Begitulah serba sedikit bagai mana aku boleh terjebak dengan politik pembangkang. Kini ayah ku telah tiada hampir setahun dia pergi mengadap ilahi semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah S.w.t. Tangan ku ini tidak pernah sesekali memangkah parti yang berlambangkan dacing karat. Sebelum aku menutup mata ingin sekali aku melihat DUN LANCHANG dan MALAYSIA amnya dapat di perintah oleh PAKATAN RAKYAT.

No comments:

Post a Comment