Thursday, August 20, 2009

Kenderaan SPRM terbakar dibaling bom api


Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbakar selepas terkena bom api awal pagi ini.


Empat bom api dibaling ke arah pejabat SPRM di Klang sekitar tengah malam tadi, dan merosakkan kenderaan tersebut.

Serangan tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam ucapannya di majlis khidmat cemerlang SPRM di Putrajaya pagi ini.

Menurut saksi, pegawai SPRM hanya menyedari kerosakan pada kenderaan tersebut apabila mereka datang bertugas pagi ini.

Kenderaan jenis Nissan X-Trail itu biasanya digunakan oleh pegawai SPRM ketika keluar bertugas.

SPRM kini menjadi tumpuan awam sejak kebelakangan ini selepas seorang saksi, Teoh Beng Hock, ditemui mati selepas dipanggil memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

Sapa punya angkara ni??

No comments:

Post a Comment